I don't actually know how the flow during akad nikah will be coz it had been a long time since i attend one. the last one i remembered was back in 2008 (if i'm not mistaken) during my cousin's wedding, but the memory of the event is a bit hazy to me. maybe bcoz i don't pay much attention to it back then. so now i end up not knowing what exactly to do, what to say, or how to act. luckily i was brought to this site and gained something useful from it.
Lafaz yg telah dilupakan selepas akad nikah
Looking at this i surely does feel worried... well yeah, why not?! this is long! huhu. but i think i will want to give it a try. hehe.
And one more thing, i think i have to agree with the title. they are extincting. people are more likely to do the photo acting session rather than doing what is necessary. and so i'm hoping that during my time, i could do this right. i want to praise Allah, thank Him, thank my husband, my mum n dad and hope for the best for our marriage. May Allah ease =)
Lafaz yg telah dilupakan selepas akad nikah
1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA
OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin
perempuan dengan membaca:
“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama
pengantin perempuan) yang
telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai
mas kahwin) tunai.
Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai
suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak
bercanggah dengan hukum Islam..”
Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan
tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut:
“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang
Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan
keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”
2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium
tangan suami dengan berdoa di dalam hati:
“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan
pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”
Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:
“Adalah saya (nama pengantin perempuan),
isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas
kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh
perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan
mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk
ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat
restu dan redha dari Allah s.w.t..”
3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA
OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh
keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti
berikut :
“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan),
wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab
nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam
kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga
diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu
serta zuriat keturunan kamu. Amin..”
4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN
PEREMPUAN)
“Anakku (nama pengantin perempuan),
hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu
alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu
sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah
ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat
ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya
suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan
ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga
perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah
dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah
memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah
ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa
mendidikmu..”
5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya
balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke
suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya
dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya
mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan,
nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas
segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima
kasih ibu ayah..”
Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.
6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)
“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki),
suami yang sah kepada(nama
pengantin perempuan) bersyukur
kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta
berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad
nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami
kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan
sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa
tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan
redha Allah..”
No comments:
Post a Comment