Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Friday, 20 December 2013

things to do on first day of pay

Sempena Hari Terima Gaji utk orang kerja kerajaan dan swasta (awal bulan) bagaimana cara nak rasa duit gaji itu sentiasa cukup walaupun sedikit?
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2. 

Moga bermanfaat pada semua. 
Credits to Heliza Helmi. what a nice sharing!

Thursday, 12 September 2013

Lafaz selepas akad nikah

I don't actually know how the flow during akad nikah will be coz it had been a long time since i attend one. the last one i remembered was back in 2008 (if i'm not mistaken) during my cousin's wedding, but the memory of the event is a bit hazy to me. maybe bcoz i don't pay much attention to it back then. so now i end up not knowing what exactly to do, what to say, or how to act. luckily i was brought to this site and gained something useful from it.

Lafaz yg telah dilupakan selepas akad nikah

1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:
“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”
Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut:
“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”

2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati:
“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”
Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:
“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah s.w.t..”

3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :
“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin..”

4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”

5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”
Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.

6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)
“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada(nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”

Looking at this i surely does feel worried... well yeah, why not?! this is long! huhu. but i think i will want to give it a try. hehe. 

And one more thing, i think i have to agree with the title. they are extincting. people are more likely to do the photo acting session rather than doing what is necessary. and so i'm hoping that during my time, i could do this right. i want to praise Allah, thank Him, thank my husband, my mum n dad and hope for the best for our marriage. May Allah ease =)

Tuesday, 30 July 2013

Tips Sahur

Got this on fb but i think it implies to all not for pregnant mommy only. i know ramadan is ending soon n i'm a bit too late at sharing. haha. but still if Allah will, inshaAllah we'll meet with ramadan again next year. so i'm not that late am i? hehe.

Tips Sahur khas buat Ibu2 Hamil yg Berpuasa agar tidak letih = )

Dr Phaidon menegaskan ada beberapa hal yang harus diperhatikan saat sahur agar seseorang boleh tetap segar dan tidak letih selama melaksanakan puasa, iaitu:

1. Bersahur sebaiknya mengambil karbohidrat kompleks.

Hal ini disebabkan karbohidrat kompleks akan lebih lambat dihadamkan atau dicerna menjadi gula darah, dengan demikian gula darah akan tetap stabil (tidak mengalami turun naik yang tinggi). Selain itu karbohidrat kompleks juga sangat membantu proses metabolik tenaga tubuh.

2. Mengambil buah-buahan dan sayur masa berahur.

Berpuasa bagi tubuh adalah salah satu program detoksifikasi. Pada keadaan ini usus besar akan direhatkan dan tubuh berkesempatan membuang hampas hasil metabolisme, seperti sisa-sisa makanan khususnya daging yang membusuk di usus besar akan dibersihkan. Salah satu alat pembersihan utamanya adalah serat tidak larut yang terdapat di dalam sayur-sayuran.

Sedangkan buah-buahan yang dimakan saat sahur berguna untuk membekalkan antioksidan yang berfungsi untuk memenuhi keperluan sehari-hari, serta membantu detoksifikasi.

3. Mengurangkan penggunaan masakan bergoreng.

Masakan bergoreng yang dimakan seseorang akan membuat sel darah merahnya menggumpal. Jika keadaan ini berlaku akan menyebabkan aliran oksigen menjadi berkurang hingga 20 peratus, akibatnya seseorang akan mengantuk pada waktu siang hari.

Kerana itu agar tetap boleh bekerja selama puasa dan tubuh tidak merasa lemas, maka tak ada salahnya untuk memperhatikan pengambilan makanan saat sahur.

4. Kurangkan yang manis-manis.

Makanan manis akan membuat tubuh melepaskan insulin dengan cepat sehingga mencetuskan rasa cepat lapar. Fungsi insulin adalah memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai sumber tenaga.

Makanan yang manis hanya bertahan 2 jam selepas dimakan. Padahal kita harus menahan puasa selama 14 jam jadi akan ada masa 12 jam keadaan tubuh akan letih.

5. Minum cukup air masak.

Yang juga harus menjadi perhatian adalah cukup minum air masak agar keperluan cecair dalam tubuh tidak terganggu. Sedangkan minum kopi ketika sahur sebaiknya dielakkan kerana kopi seperti juga soft drinks adalah diuretic yang bukannya memberikan air untuk tubuh tapi malah menghabiskannya. Ini kerana pemprosesan gula tahap tinggi memerlukan sejumlah besar air dalam tubuh.



Only 5 tips to follow, it's not that hard isn't it. so why not try n see if it make your fasting energy better.
But on top of all don't forget to tajdid niat. say, "i fast because of Allah, because i want to worship Allah." when you do because of Allah, even if you missed your sahur, inshaAllah Allah will give you strength. ;)

Salam Ramadan. mari hidupkan 10 malam terakhir! =)

Thursday, 18 July 2013

the number one

Remember, when you marry a man, above all other people, he is number one. not your father nor your mother anymore, but him. obey him and love him more than you love your mum and dad.

Am i aware of this? Astaghfirullahal'azim..

I read this [link] a while ago, and i realize that i have to change my way of thinking.

"Belajarlah memulakan hidup baru bersama suami dan langkah kaki ke hadapan bukan mengenang tangis keseronokan zaman silam."

They are a garment for you and you are a garment to them. [2 : 187]

#105 days to 1.11... May Allah ease...

Friday, 5 July 2013

The marriage box

The marriage box.  

Most people get married believing a myth that marriage is a beautiful box full of all the things they have longed for : companionship, intimacy, friendship, etc. 


The truth is that marriage at the start is an empty box. You must put something in before you can take something out. 

There is no love in marriage. Love is in People. And people put love in marriage. There is no romance in marriage. You have to infuse it into your marriage. A couple must learn the art and form the habit of giving, loving, serving, praising, keeping the box full. When the box is full, you'll get a box of content. A happy marriage.  

But remember, if you take out more than you put in, the box will get empty.

[Marriage Advise] cc: Anisah Ali 


------------------

Tomorrow we, the 6th year medical students of alexandria university will have our first final paper. it's our final battle after a whole 6 years of medical schooling. do pray for us, may we 'won' this battle with flying colors inshaAllah. All the best my fellow friends. may Allah ease! :)

Saturday, 22 June 2013

It's not about the nail

Kaum wanita mmg camtu kn. mcm manalah kaum laki boleh tahan. hahaha. mmg sudah begitu naluri seorg perempuan, ingin didengari bukan diperbetuli. diperbetuli? bahasa baru ke hanis? 


"Don't try to fix it. I just need you to listen." :)






Surgery susah!!!! tolong la faham T.T
Ya Allah sesungguhnnya telah aku berusaha, maka sesudah itu aku bertawakal hanya kepada-Mu. 

Thursday, 25 April 2013

tahrir saina'

Setiap kali menjelang 25 April, di mesir pasti akn cuti. tapi pernah x kita tanya mengapa cuti pada hari ini? Well, now i would like to tell why.

Hari ini dalam sejarah: 25 April - Tahrir Saina' (Hari Pembebasan Sinai)

Tahukah anda mengapa Mesir mengisytiharkan cuti setiap kali 25 April tiba?

25 April adalah Hari Pembebasan Sinai atau lebih dikenali sebagai Tahrir Saina' iaitu hari pembebasan semenanjung Sinai daripada Israel. 
Semenanjung Sinai pernah ditawan oleh Israel pada 1967 akibat kekalahan kerajaan Mesir kepada mereka. Di bawah pimpinan Anwar Sadat, pada tanggal 25 April 1982, Mesir telah berjaya merampas semula Semenanjung Sinai dari genggaman Israel.

Mari meluangkan sedikit masa membaca info tentang hari bersejarah ini.




Sumber buletin:
"Our Ummah, Our Concern"
PERUBATAN for Peace and Care (PEACE)
Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan
PERUBATAN 2013/2014


-------------------------

Had kebajikan (Bcare) meeting today and during the meeting zairy delivered a short tazkirah. in his tazkirah he stressed on the importance of knowing that what ever our doings or achievements, they are not from us. they are from the higher power, Allah The Almighty. so that what ever goes wrong, don't blame others or try finding mistakes. the same applies when things goes right, don't say oh it's because of ME. in stead, say it is from Allah. Allah is the ONE planning our actions. 

'kita merancang, Allah juga merancang. dan sebaik2 perancang adalah Allah.' 
So we as the slave of Allah, work hard (berusaha) and then leave it all to Allah (tawakkal). 

#self-reminder

p/s: to my sister NURLIYANA, happy birthday dear! miss you =')

Friday, 19 April 2013

gwiyomi spreads

Sgt suke tgk video gwiyomi malay stye yg byk org post kat fb tu. ulang2 kali tgk sbb kakak tu sgt comel. *melting* tp x leh nk share kat cni sbb hubby die x kasi org share2 video tu. huhu.

Alkisahnya, waktu kat kelas 2 days back (if i'm not mistaken) deydey she had her ringtone with this gwiyomi song. and while we were waiting for the doctor, she kept on making those weird gwiyomi dance moves acting cute n stuff. i went like, what is this gwiyomi thing? a new tren or something. or myb a new korean phenomenon like one we had not long ago, the gangnam style. and so i just ignore it. but when i return home, opened the twitter, the tweeters kept on twitting bout gwiyomi. my curiosity piled up.

That evening while hanging around in nana's room, she was scrolling the fb newsfeed at that time when i asked her, "what is that with the gwiyomi thing people talked about too much?" she said, "aaa! that song is basically a korean kids song." and she showed me a video of a small kid, very cute girl doing gwiyomi. i watched it. yeah, it's cute. then she said, "there's one with a translation. a malay girl doing gwiyomi." in the description, it is said that the video was made for her husband. and so i watch.

As i watch the video carefully, i then thought "why is this girl seems so familiar?" after a long thought, i finally figured it out. ahaa! she's the wife of one of my senior at school. no wonder she seems so familiar. hehe. but truly she looks so cute in the video.

Today, as i was scrolling the fb newsfeed, i then noticed a status from my senior, the husband of that cute gwiyomi sister. in his status, he asked everyone who ever shared, tagged, etc the video of his wife doing gwiyomi to stop the spread of the video. here's his status,

Salam guys, family, friends and whoever know me and my wife. I knew that her video went viral on social network sites, especially fb, you tube, and twitter.. Friendster? Ade org pakai lg ke x ek? Haha..
Okay2 serius jap.. The main thing is, the video was posted mainly for the entertainment of me, family and close friends. But clearly we underestimated the power of youtube other SNS, and the culture of our malaysian. Tiada tujuan langsung nak giler glamour,publisiti, or even nk timbul kan fitnah. 
I hope our privacy can be protected but you guys, please dont tag, or share or reveal our identity. This is really important for us in this kind of situation.Thanks for your cooperation. Love you guys

Tak sangka, siapa mampu menduga bahawa video yg dibuat hanya sekadar for family and friends boleh tersebar sedemikian rupa. kakak comel yg buat video tu sendiri pon x pernah terfikir video dia akn menjadi sebegitu famous. tapi yg x bestnya ade la komen2 yg kurang enak. yg memuji tu lain cerita. yg mengutuk pon ade. ade yg kata dia nk cari publisiti, famous, buat2 comel biar semua laki tgk, etc. simpati pulak rase kat die. niat die baik, hanyalah sekadar hiburan buat suami n kwn2 rapat. tp dah jadi lain cerita pulak. huhu. itulah bahaya penyebaran cerita melalui laman sesawang. hanya di hujung jari bende kecik boleh tersebar luas. huhu.

Jadi beringat2lah kawan. zaman skg, zaman teknologi tanpa batasan ni macam2 boleh berlaku. kalau dulu org selalu kata, hati2 di jalan raya. tp skg even when you are sitting at home in front of ur computer you need to be extra cautious sbb malang (i may just replace it with...) kemalangan tidak berbau!

Jgn pernah berhenti bersangka baik. #self-reminder

Sunday, 7 April 2013

global awareness on hypertension

Today (7th April 2013) is the world health day and for this year, they are focusing on global awareness on the issue of hypertension or also known as raised blood pressure.

Hypertension is a condition in which the blood vessels have persistently raised pressure. Hypertension is a serious disease with high prevalence and incidence world wide. it's not new and it's increasing especially in this era, the era where people live in a sedentary life.



Hypertension increases the risk of heart attacks, strokes and kidney failure. Uncontrolled hypertension can also cause blindness, irregularities of the heartbeat and heart failure.

However, high blood pressure is preventable and treatable. Early detection is the key. all adults should know their blood pressure and should know what are the risks for this disease and how to prevent its occurrence.

Lets together we prevent hypertension and live a better life!
::prevention is better than cure:: 

Thursday, 27 December 2012

protein and esrd

Now i know how most slimming products work. they give you proteins and deprive you from carbohydrates. by doing this you'll use your excess body fats as the main source of energy. brilliant idea actually but be careful too much protein consumption may be harmful for your kidneys. overloading the kidney with proteins might end you up with kidney failure. it's bad actually bcoz ESRD will put you on renal replacement therapy for life! well that's not very helpful is it.

So to those people out there, it's okay to loose weight and get ideal body by the help of 'the helper' products but first make sure you understand the mechanism of it's action on slimming your body, then weight its benefits vs harmful side effects. after you do that, then you decide whether to use the product or not okay. well happy slimming then n good luck! ^.^       

Tuesday, 1 May 2012

sharing sorg ukhti bergelar isteri

Hari ini genap setahun kami berumah tangga.. alhamdulillah.. sedikit perkongsian:
1. sebelum perkahwinan, selama mana pun kita berkenalan dgn pasangan, kita hny kenal kurang dr 50% dirinya yg sebenar. Perkenalan sebenar2nya, berlaku hny slps hidup 24-7 bersama.
2.Sentiasa cuba utk tahu apa yg disukai oleh pasangan dan apa y tidak, dn berusaha menunaikan dgn sebaik mungkin.
3.bg perempuan, perkara yg plg susah utk dilakukan adalah meletakkan ketaataan kepada suami sepenuhnya, setelah kpd Allah dan Rasul. Selalulah ajar dan didik diri utk patuh dgn kata2 suami. Wlu bagaimana pun, perbincangan perlulah telus spy tidak menyimpan apa2 rs kurg baik dlm hati.syaitan akan sentiasa menghasut. Berhati2lah.
4. Lazimi 2perkataan yg sgt simple, tp sgt besar kesannya: minta maaf dan terima kasih.
5.sentiasa bersegera utk menunaikan permintaan pasangan lebih2 lagi dalam memenuhi haknya.
6.jgn segan utk menzahirkan kasih syg, dlm bntuk perkataan, lebih baik lg dlm perbuatan yg disukainya.
7.tekan butang pause sebelum marah, jika nampak kekurangan, sentiasa cuba lihat diri sendiri yg juga byk kekurangan. Jika hak diri belum ditunaikan oleh pasangan, tny diri adakah kita telah menunaikan haknya.
Ingatkan diri, cari redha allah melalui redha suami.. Dan sentiasa slg igt mengingati dlm hal hbgan dgn allah, krn allah lah yg memegang hati2 kita.

Byk lg..nnt sambung lagi..
pasangan lain..boleh jugak nak share utk peringatan diri yg sering lupa..

Sharing dari sorg senior yg kini tlh bergelar isteri & ibu org. igt lg pernah dulu dia nasihatkn utk cari pasangan cpt2. katanya klu xtau nk cari sapa suruh je mak & ayah carikn pon xpe. nnt bila da kerja lagi kurang minat nk fikir ttg perkahwinan & mendirikn rumahtangga. katanya lagi prmpuan bila da mkin tua makin kurang org nk berkenan. haha tergelak masa die ckp tu. tp bila skg pk semula ada benar jugak kata2 akak. hehe. Alhamdulillah skg da ikut ckp akak la kirenye ni walaupon x cari sendiri, tp die yg dtg mengetuk pintu hati =P 

semoga akak n keluarga dirahmati Allah sentiasa =) 

Sunday, 5 February 2012

minum sambil duduk


Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing dan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya.

Terapi air putih : JANGAN LUPA PERBANYAKKAN MEMINUM AIR MASAK kerana...

  1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ internal.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
  3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
  4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

hachiko

Today i've watched a story of a loyal dog. can't imagine how he waited for his master to return for nine years! most of us would hv given up to wait but this dog he never did. even a dog knows the meaning of loyalty but what about humans? subhanallah, how Allah shows good deeds through His creations to teach us (humans) a noble lesson. so we as humans should take the good value out of this story. if a dog can be loyal to his master, what about us? can we be loyal to our God? let us pray that our loyalty towards our Creator will never fade, insyaAllah. =)

Hachiko, a story of a loyal dog


Hachikō (ハチ公) known in Japanese as chūken Hachikō (忠犬ハチ公) "faithful dog Hachikō" was an Akita dog born on a farm near the city of Ōdate, Akita Prefecture, remembered for his remarkable loyalty to his owner even many years after his owner's death.

In 1924, Hidesaburō Ueno, a professor in the agriculture department at the University of Tokyo took in Hachikō, a golden brown Akita as a pet. During his owner's life, Hachikō greeted him at the end of each day at the nearby Shibuya Station. The pair continued their daily routine until May 1925, when Professor Ueno did not return. The professor had suffered from a cerebral hemorrhage and died, never returning to the train station where Hachikō was waiting. Every day for the next nine years the dog waited at Shibuya station.

Hachikō attracted the attention of other commuters. Many of the people who frequented the Shibuya train station had seen Hachikō and Professor Ueno together each day. They brought Hachikō treats and food to nourish him during his wait. This continued for nine years with Hachikō appearing precisely when the train was due at the station.

A bronze statue of Hachiko sits in his waiting spot
outside the Shibuya railroad station, Japan

Friday, 3 February 2012

city hunter

Just finished watching CITY HUNTER. to me this is one of the best korean drama i watched so far apart from IRIS. it's a nice drama, with full of actions & emotions and not only love-related. overall the story line is perfect. and if you ask me what korean drama shud you watch, i will highly recommend you this one. a must watch drama. hehe. the truth is i even cried hard watching this. hehe.
#sad-love-action-drama


since i really enjoyed watching this drama, so thought of sharing it here. here's the drama trailer.


i didn't regret watching this one so i hope you won't too. ^_~
p/s: lee min ho looks so smart n handsome in here. XD

Tuesday, 27 December 2011

cinta muka buku islamic version

found this video on my sister's fb. i think i like this version of the song cinta muka buku more than the original one. huhu. at least it gives us some moral values. enjoy!


countdown :: four days to go =)

Tuesday, 13 December 2011

nafkah is fully husband's responsibility

something that i would like to share especially to husband-to-be. may this help us to understand a little about the difference between what's called nafkah and when is it possible for husband to use wife's money. hope we won't do something that is haram without knowing it's haram.



Saturday, 3 December 2011

the secrets of pyramids



Subhanallah, kagum dengan ilmu dan kepakaran yg telah Allah kurniakan kepada manusia tamadun awal dunia. sejarah membuktikan bahawa tiada penambahbaikan dlm ketamadunan dan kemajuan seperti yg sering diwar-warkan. hakikatnya, kemajuan telah lama dikecapi sejak berjuta tahun yg lalu tetapi musnah kerana kemegahan dan keangkuhan manusia terhadap Allah. inilah roda kehidupan dan pusingan masa. belajarlah daripada sejarah dan muhasabahlah diri. semoga sejarah mengajar kita utk lebih mengenali Yg Maha Pencipta.

p/s: to you i cherished, i will always want to accept you just the way you are as long as you are my destiny. =)

Friday, 25 November 2011

this is how i was born

This is my history......


When others prefer to have head first out, i decided to have my butt first instead. hehe. actually my mum told me that i was born by a breech presentation. it was dangerous, but i felt lucky to be among the 3.5% people who bravely took the risk on their birth day to welcome the world by feet first instead of head. hehe. maybe it's because i was too eager to step on the ground with my two tiny feet. who knows. ;D

And myb because of this birth history of mine, my dad named me by HANIS which means 'brave'.. (if i was not mistaken. remember finding it somewhere in the book of himpunan nama-nama)

Glad and thankful to Allah that i was given the chance to face the world and live up to this point. Alhamdulillah ^_^

p/s: sorry to those who cannot understand even a single thing this guy is explaining. not your fault. just that the theories aren't meant for you guys.  

Friday, 11 November 2011

Fakta-fakta tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih..., tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

Looking at myself as a woman, i guess these facts are somewhat true..

And for fact No. 4, in my opinion, although she remembers the other guy, but that doesn't mean she's being untrue to the one she's with now. it's just that it's hard for her to fully forget the past, especially her first love. but of all the love she has, she will never want to betray the love of her life. =)

Tuesday, 1 November 2011

The operating system: Husband 1.0







































Hehe. the idea is brilliant. but what most important is to understand the message. good luck madam!